Home / Program / HARI KELUARGA SM SAINS DUNGUN 2016

HARI KELUARGA SM SAINS DUNGUN 2016

Kelab Guru dan Kakitangan SMSD telah menganjurkan hari keluarga bertempat di D’ Pengkalan Rantau Abang Dungun. Banyak acara sukaneka telah dijalankan antaranya mewarna, rebut gula-gula, pecah belon, menganyam ketupat, bowling kelapa, tarik tali dan cabutan bertuah.

Objektif hari keluarga ini diadakan adalah untuk saling kenal mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan kakitangan SMSD. Selain itu, menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Akhir sekali, mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru dan kakitangan SMSD sekaliogus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

Sambutan hari guru berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan sambutan hari keluarga ini dan pada tahun hadapan Kelab Guru dan Kakitangan akan menganjurkannya dengan lebih meriah lagi.

 

About zamari