Home / Kata Alu-aluan Tuan Pengetua Cemerlang

Kata Alu-aluan Tuan Pengetua Cemerlang

 

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat menyiapkan laman web sekolah SMSDOnline . Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menempelkan  kata-kata di ruangan  ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam  mengakses  laman web sekolah ini untuk tujuan mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Selain itu,laman web ini juga dapat membantu ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di sekolah ini dan dapat mengetahui segala aktiviti yang berjalan di sekolah ini.
Saya  berharap agar laman web ini akan berkembang dari semasa ke semasa ia  dapat melonjakkan nama SMSD setaraf dengan Sekolah Berasrama Penuh yang lain disamping membantu warga SMSD  untuk mengakses maklumat tentang aktiviti yang akan berlangsung pada masa yang akan tertentu.Dengan laman web ini semua guru dan pelajar boleh berinteraksi pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jika guru atau pelajar berada di luar kerana aktiviti atau tugas,laman web ini akan dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat dan mengakses  maklumat dan aktiviti yang akan berlangsung  di SMSD

Saya juga berharap agar laman web ini dapat berfungsi dengan berkongsi pelbagai aktiviti,kenangan dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga SMSD ,keputusan PT3 dan SPM dan pelbagai pencapaian di dalam dalam bidang akademik,sahsiah dan kurikulum.

Akhir kata saya berdoa semoga laman web ini akan menjadikan SMSD lebih maju, inovatif dan kompetetif bagi mengharungi cabaran dunia digital yang semakin menjauhkan diri jika tidak dikejar dan disaingi.

Selamat maju jaya.

Terima kasih.

 

tt01

 

 

Encik Mohd Aliziyad Bin Abas

Pengetua Cemerlang SM Sains Dungun