Home / Latar Belakang Sekolah

Latar Belakang Sekolah

pintu masuk sekolah

Sekolah Menengah Sains Dungun terletak di kawasan seluas 47.048 ekar di Mukim Sura Tengah, Daerah Dungun, Terengganu. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini telah bermula pada bulan Januari 1980 dan akhirnya siap pada Jun 1982.

Persediaan untuk memulakan persekolahan, sekolah ini telah bermula pada 1 Mei 1982, di mana beberapa orang kakitangan guru dan bukan guru telah ditempatkan di sekolah ini. Akhirnya pada 15 Ogos, 1982 Sekolah Menengah Sains Dungun dengan rasminya memulakan sesi pengajiannya. Kumpulan pertama murid yang mendaftarkan diri pada 12 Ogos 1982 ialah seramai 450 orang iaitu terdiri daripada murid-murid Tingkatan I, IV dan VI Rendah. Sejak dari tahun 1982 sehingga sekarang sekolah ini telah mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dari segi enrolmen murid, bilangan kelas, guru dan kakitangan bukan guru.