Home / Hal Ehwal Murid / LATIHAN KEBAKARAN “FIRE DRILL” ASRAMA SMSD

LATIHAN KEBAKARAN “FIRE DRILL” ASRAMA SMSD

Sebagai langkah keselamatan kepada penghuni asrama, pihak sekolah telah mengadakan latihan kebakaran “fire drill” pada 5 Ogos 2016 jam 4.30 pagi. Latihan ini telah mendapat kerjasama daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun.

Latihan ini mendapat kerjasama daripada para pelajar dan dilaksanakan dengan baik. Pihak bomba telah memberi sedikit penerangan dan latihan berakhir pada jam 5.30 pagi.

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelajar dan satu langkah keselamatan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

 

About zamari