Home / Lencana Sekolah

Lencana Sekolah

617px-Logo_Sekolah_Menengah_Sains_Dungun

Bentuk keseluruhan
Bulatan melambangkan semangat kerjasama antara guru dengan murid manakala bentuk tajam di bahagian atasnya menunjukkan penggemblengan tenaga antara guru dan murid untuk mencapai kejayaan.

Buku
Buku merupakan sumber ilmu di sekolah ini yang melambangkan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan. Tahun yang dicatatkan menunjukkan sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982 Masehi bersamaan dengan tahun 1402 Hijrah.

Empat Lingkaran Cincin Berkait
Melambangkan pelaksanaan Sistem Rumah. Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat bekerjasama dan muafakat warga sekolah yang bersatu padu.

Simbol Sains dan Teknologi
Melambangkan fokus sekolah yang berteraskan sains dan teknologi.

Obor
Tenaga pendidik yang berwibawa memancarkan ilmu kepada murid bagi mencapai kecemerlangan.

Bendera Terengganu dan Bendera Malaysia
Sekolah Menengah Sains Dungun merupakan Sekolah Berasrama Penuh (Sekolah Persekutuan) yang terletak di Negeri Terengganu.