Home / eX-SEMESDIAN / Sekalung Tahniah

Sekalung Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan¬† kepada saudara Nafiq Jumaan (EX-SMSD 0408) atas pentauliahan sebagai Leftenan Muda di Royal Military Academy Sandhurst setelah mengharungi latihan ‘Commissioning Course 151’ selama 44 minggu di sana (5 Januari 2015 – 11 Disember 2015). Hanya seorang pegawai sahaja yang terpilih setiap tahun untuk dihantar ke sana kerana sudah menjadi tradisi Tentera Darat Malaysia bagi meneruskan hubungan baik TDM dengan British Army. Pemilihan dibuat semasa berada di UPNM dengan melalui ujian Bahasa Inggeris, ujian fizikal dan juga proses temuduga. InsyaAllah beliau akan berkhidmat di batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja PARA selepas ini.

DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN

About smsd