Home / SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)

DEFINISI

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN

Sekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia

PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah – dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat – dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Bin Ali
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Pemilihan Sekolah Kluster Kecemerlangan akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

  • Pengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf  Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti  Pendidikan Malaysia (SKPM)

 

Prasyarat Kedua

  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
  • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
  • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
  • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
  • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
  • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
  • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau GPS UPSR : 2 dan ke bawah

 

Syarat Pemilihan

Kecemerlangan murid dalam aspek:

  • Akademik
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak

Untuk Maklumat lanjut boleh berhubung dengan:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor
No Tel: 03-8321 7400

FASA 5
BIL NEGERI NAMA SEKOLAH JENIS KEBITARAAN 
1 JOHOR SM SAINS SULTAN ISKANDAR SM KIMIA HOKI
2 JOHOR SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM SM BAHASA INGGERIS GOLF
3 JOHOR SMK BANDAR PUTRA SM MATEMATIK ROBOTIK
4 JOHOR SMK MOHD KHALID SM MATEMATIK JUDO
5 JOHOR SMKA MAAHAD MUAR SM BAHASA ARAB NASYID
6 KEDAH SMK SULTAN BADLISHAH SM BAHASA MELAYU BADMINTON
7 KEDAH SMK IBRAHIM SM BAHASA INGGERIS PANDU PUTERI
8 KEDAH SMK AGAMA SIK SM BAHASA ARAB MEMANAH
9 KELANTAN SM SAINS PASIR PUTEH SM BAHASA INGGERIS BOLA KERANJANG
10 KELANTAN SMK KUBANG BEMBAN SM BAHASA INGGERIS KADET POLIS
11 KELANTAN SMK(A) TOK BACHOK SM BAHASA ARAB KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
12 KELANTAN SMKA MELOR SM BAHASA INGGERIS TAEKWONDO
13 KELANTAN SK PENGGU SR BAHASA INGGERIS PANCARAGAM
14 NEGERI SEMBILAN SK PULAPAH SR BAHASA INGGERIS BOLA TAMPAR
15 PAHANG SBPI TEMERLOH SM KIMIA SKUASY
16 PAHANG SMK  SULTAN ABU BAKAR SM BAHASA INGGERIS ST. JOHN’S AMBULANCE
17 PAHANG SK TEMPOYANG SR BAHASA MELAYU GOLF
18 PULAU PINANG SMJK JIT SIN (CF) SM SAINS ORKESTRA CINA
19 PULAU PINANG SMK DATO’ ONN SM PENDIDIKAN SENI VISUAL KELAB ALAM SEKITAR
20 PULAU PINANG SMKA NIBONG TEBAL SM BAHASA MELAYU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
21 SABAH SRK DON BOSCO SR MATEMATIK TAEKWONDO
22 SARAWAK KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG SM BAHASA INGGERIS PENGAKAP
23 SARAWAK SK AGAMA DATUK HJ. ABDUL KADIR HASAN SR BAHASA INGGERIS SAINS
24 SARAWAK SK PAON TEMAGA SR BAHASA INGGERIS MEMANAH
25 SELANGOR SMK KATHOLIK (M) SM BAHASA CINA PING PONG
26 SELANGOR SMK USJ 12 SM MATEMATIK OLAHRAGA
27 SELANGOR SMKA MAAHAD HAMIDIAH SM PENDIDIKAN ISLAM MEMANAH
28 TERENGGANU SM SAINS KUALA TERENGGANU SM BAHASA INGGERIS SAINS
29 TERENGGANU SMK MAK LAGAM SM BAHASA MELAYU SAINS
30 TERENGGANU SMA (ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN SM SAINS PENCAK SILAT
31 TERENGGANU SK RANTAU PETRONAS SR BAHASA INGGERIS SKUASY
32 TERENGGANU SK SERI BERANG SR BAHASA INGGERIS BOLA SEPAK
33 TERENGGANU SK DUSUN
1 JOHOR SMK (P) SULTAN ABU BAKAR SM MATEMATIK BOLA JARING
2 JOHOR SMK TINGGI KLUANG SM MATEMATIK REKA CIPTA
3 NEGERI SEMBILAN SK SELIAU SR BAHASA MELAYU BOLA BALING
4 PAHANG SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH SM KIMIA RAGBI
5 PAHANG SMK ALOR AKAR SM MATEMATIK SKUASY
6 SARAWAK SK AGAMA SIBU SR BAHASA MELAYU AGAMA ISLAM
7 Selangor SMK SEAFIELD SM BAHASA INGGERIS KOIR
8 SELANGOR SK USJ 2 SR BAHASA INGGERIS BADMINTON
9 TERENGGANU SM SAINS DUNGUN SM MATEMATIK HOKI
10 W/P KUALA LUMPUR SK TAMAN BUKIT MALURI SR MATEMATIK SENI BUDAYA