Home / Akademik / Surat Siaran – SYNC SCHOOL MESSAGING’ (SSM) SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH

Surat Siaran – SYNC SCHOOL MESSAGING’ (SSM) SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI ELEKTRONIK RASMI SEKOLAH

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak SM SAINS DUNGUN  telah menggunakan Sync sebagai medium komunikasi elektronik rasmi sekolah. Dengan ini sebarang maklumat dan informasi terkini tentang pembelajaran dan pembangunan anak-anak Tuan/Puan, aktiviti Sekolah dan aktiviti PIBG akan dihantar terus ke telefon pintar melalui ‘push notification‘. Ini juga dapat mengurangkan kos kertas dan suratmenyurat yang semakin tinggi.

Oleh itu, Tuan/Puan yang masih belum memuat turun Sync disarankan untuk berbuat demikian secepat mungkin agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini daripada pihak sekolah. Selain dari itu, pihak Sekolah juga boleh berhubung terus dengan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan anak-anak semasa di sekolah.

Aplikasi Sync boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play Store (untuk Android) dan Apple Store (untuk iPhone/iPad) dengan kata carian Sync School Messaging. Sila rujuk brosur yang dilampirkan untuk maklumat lanjut termasuk kaedah penggunaan. Kata carian nama sekolah di aplikasi Sync ialah SM SAINS DUNGUN.

Klik Pautan untuk muat turun aplikasi             SYNC DOWNLOAD

Klik untuk muat turun surat siaran                  SURAT SIARAN

Klik untuk Brosur Tatacara Memasang Aplikasi BROSUR

About smsd